Thursday, June 24, 2010

Ketiau Goreng Udang





Hari ni Mar nak berkongsi resepi Ketiau Goreng Udang. Bahan-Bahannya ialah:

1. Satu bungkus Ketiau 2. Bawang Merah
3. Bawang Putih 4. Tiga Biji Cili Padi
5.Sos Cili 6. Sos Tomato
7. Sos Tiram 8. Kicap Pekat
9. Sedikit Garam 10. Serbuk Perasa (Ajinomoto)
11. Udang (lagi banyak lagi bagus)
12. Sayur Sawi/Tauge
13. Minyak masak

Cara-caranya ialah:

1. Tumbuk Bawang Merah, Bawang Putih, Cili.
2. Panaskan Minyak. Kemudian masuk bahan yang telah ditumbuk halus.
3. Kemudian masukan Sos Cili, Sos Tiram, Sos Tomato dan Kicap Pekat dan gaul
sehingga sebati. Masukan sedikit air. Kacau semua bahan sehingga ia menggeledak.
4. Lepas tu masukan Udang dan masak udang tu sehingga masak. Lepas tu masukkan
sedikit garam dan sebuk perasa.
5. Lepas tu barulah masukkan ketiau. Gaul lagi. Api tu perlahankan sikit. Lepas dah
sebati bahan-bahannya, masukan pula tauge dan daun sawi yang telah dipotong
halus. Gaul lagi beberapa minit. Siap. Boleh dimakan. Perahkan air limau kalau
nak.

Selamat Mencuba.......

No comments: