Wednesday, March 7, 2012

Kembung Perut kanak-kanak

Kembung perut atau perut berangin berpunca daripada beberapa faktor. Dua minggu lepas, anak saya selalu mengadu sakit perut selepas makan. Bila saya urut perut dia....penuh dengan angin....itu yang naik hairan....sebelum makan tak juga berangin. Lepas makan je dia mengadu sakit perut.


Dah dua tiga hari mengadu sakit.....saya pergilah klinik. Doktor bagi ubat cacing sebab menurut doktor tu..budak-budak umur macam tu jarang kena gastrik. Kemungkinan cacing. Lepas minum ubat cacing tu....adalah baik sehari, lepas tu dia mengadu sakit perut lagi.....naik risau jugak dibuatnya.


So, saya cari info dari internet punca-punca sakit perut. rupa-rupanya banyak faktor yang menyebabkan kembung perut. Adalah dua faktor yang kemungkinan berkaitan dengan masalah anak saya ni. Yang pertamanya tabiat makan yang terlalu cepat.Makanan tak dikunyah betul-betul.main telan je. Yang keduanya....minum susu ais.


Dah dapat cari info, saya pun cuba ubah tabiat makan anak saya tu. Saya terangkan dekat dia yang dia kena makan perlahan-lahan. Lepas tu saya cakapkan kat dia yang dia tak boleh minum susu buat sementara waktu ni termasuklah susu ais. Alhamdulillah...dalam masa seminggu tu dia beransur-ansur baik.


Lepas tu saya cuba bagi dia minum susu balik. Alhamdulillah...tak ada apa-apa masalah...jadi kemungkinan besar penyebab anak saya kembung perut ialah minum susu ais. So terpaksalah haramkan susu ais di rumah.

No comments: